Pengenalan Khat Nasakh
4 posters
Page 1 of 1
Pengenalan Khat Nasakh
Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat yang lain, kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang awam.
Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena.
Re: Pengenalan Khat Nasakh
Saya bukan ikut kaedah Mesir sahaja. Kaedah Turki dan Baghdad juga saya lihat dan beri perhatian. Kesemua aliran memang ada beberapa perbezaan dan ciri masing- masing. Yang penting bagi saya, lihat yang paling menarik, kemas dan saya akan cuba ikut
Re: Pengenalan Khat Nasakh
Ustaz, saya ada telitikan khat Nasakh dalam buku panduan khat Nasakh, karangan Ustaz Nik Abdul Rahman dan juga Ustaz Zawadi. Saya lihat gaya mereka ada sedikit perbezaan pada beberapa huruf seperti lam alif, nun, tho, alif, dan lain-lain.
Boleh Ustaz jelaskan aliran mana kedua-dua Ustaz itu gunakan?
Boleh Ustaz jelaskan aliran mana kedua-dua Ustaz itu gunakan?
Re : Pengenalan Khat Nasakh
Mengikut pendapat ana Ustaz Zik gunakan kaedah Mesir dan Ustaz Zawadi pula terkesan dengan Hashim al-Baghdady..kalu ana tersilap sila betulkan
Re: Pengenalan Khat Nasakh
Ana tak pasti la Koriey. Lagipun sudah lama ana tak tengok tulisan kedua khattat ni. Lama tak jumpa...
saye minat khat khufi...
ustaz saye minat khat khufi.... tp pening la susunan huruf die
leehassan- Posts : 1
Join date : 30/03/2009
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum